Thursday, 19 January 2017

Degree

Sekarang baru 10.48pm and tetiba aku rasa nak throwback masa aku first day degree dulu (padahal baru 2nd year degree) tapi takpelah, sebagai pedoman kita semua.


Aku ni lepasan Matrikulasi Selangor tahun 2014/2015. Aku habis matrik around april and intake degree for both lepasan matrik and stpm bulan september. Sepanjang 5 bulan tu aku menganggur dan tak buat apa yang berfaedah (menyesal juga lah tapi benda dah lepas kan?). Aku aliran account masa kat matrik tapi memang tobat taknak sambung account dah even result aku cam okay gak lah. Not excellent but tak sakit mata lah tengok.


So masa isi borang upu tu, aku bagi je mak aku yang isi semua course yang dia rasa sesuai dengan aku. Nak dijadikan cerita, aku dapat tawaran sambung UM tapi course language French tapi ada interview. Masa dapat tahu tu, aku dah pikir matilahnak cemana aku nak speaking french ni tak ponah-ponah den spiking peghancis mek oi, kalau ada bahasa korea dapat juga aku tibai mana-mana yg aku pernah dengar dalam drama (perks). Tapi aku pegi je interview try luck even tau memang takde luck and time tu nasib baiklah interviewer a.k.a. foreign lecturer takde, so ada 2 je interviewers local (org malaysia ler). I repeat FOREIGN ok as in bebetul piyau (pure) org perancis. Aisemen kalau ada mau aku mengarut pelik-pelik ni.


Endingnya, aku tak dapat continue UM but alhamdulillah dapat course Information Management kat UiTM campus Puncak Perdana. Course ni aku tak pernah dengar pun, jauh sekali tahu pasal kewujudan Puncak Perdana, Macam manusia biasa, aku hanya tahu kewujudan UiTM Puncak Alam je tapi aku tetap pegi sampai laa ni nasib lah so far I'm surviving and it has never been better.


Masa dapat surat tawaran tu, macam biasa aku isi apa yang patut according to the requirements, buat medical check-up and everything. Tapi aku kena daftar and lalui seminggu orientasi or in other word, MDS, dekat UiTM Puncak Alam. Lepas habis MDS, baru aku dipindahkan ke Puncak Perdana. Motif dia sebenarnya nak satukan mds untuk semua students Puncak Perdana and Puncak Alam. Maklumlah kampus puncak perdana tu ada 2 fakulti je, Information Management (IM) and Filem, Teater dan Animasi atau lebih femes dikenali sebagai FiTA. 


Setibanya di UiTM Puncak Alam, ada orang bagi kunci bilik and nama kolej yang aku akan stay for a week but since nak pindah, diorang letakkan semua students FiTA and IM kat blok Casuarina (floor 7, 8 and 9, floor paling tinggi ialah floor 9). Aku dapat bilik yang kat floor 8 ;') Tinggi namatey. Dahlah nak turun tu leceh tunggu lift lama nak mampus so aku biasanya akan turun tangga (tapi takdelah biasa pun sekali dua je). Boleh kurus beb kalau turun selalu. Nasiblah aku tak dapat Kampus Puncak Alam ni. Bila dah tau bilik semua, aku and family angkat barang aku dan segala khazanah naik ke tingkat 8.


We were told to gather under the block at 3pm. Since aku sampai awal, so sempatlah berkenalan dgn hosmet lain (1 rumah, 4 bilik, 2 orang satu bilik). Kebetulan roommate aku sama course dengan aku so mak aku rasa dia dah selamat untuk tinggalkan aku. Roommate aku masa tu budak terengganu and aku ni pulak lebih ke arah selatan Malaysia. Awkward gak first first. Tapi ada sorang hosmet aku masa tu melekat and jadi best friend aku sampai sekarang.

Dah pukul 3pm, kitorg pun berkumpullah kat bawah blok (queue ikut rumah lol), then masing-masing kecoh suruh check cukup 8 tak member rumah, takut ada yg menyorok taknak join MDS lah tu. Setelah selesai proses mengira tu barulah gerak ke surau kat dalam UiTM tu. Haa maka dengan itu bermulalah minggu paling dramatik dalam hidup aku, macam-macam kejadian berlaku but takdelah pelik sangat, benda-benda normal masa orientasi lol emotional dramatic facilitators and all. Aku ada cousin and member matrik sekali MDS so aku lepak dengan diorg sepanjang orientasi tu. Masa orientasi ni lah korg akan melawat fakulti kat kampus tu, submit borang and x-ray, medical check-up semua tu.


Okay aku skip terus sampai Jumaat lah ye, malas pulak korg nak baca panjang nau. Kitorg budak IM and FiTA akan naik bas ke Puncak Perdana and ada lori sekali nak angkut barang kitorg. Disebabkan aku tingkat 8, aku minta tolong member-member aku yang tak perlu pindah (aku sorg je yang kena pindah pun lol) so aku kira turun satu trip jelah and aku jugalah antara yang terawal sebab naik first bas ke Puncak Perdana. Huru hara juga lah sebab masing-masing barang banyak and pakat nak naik lif je, tak dapat lah nak oi.


Yang paling tak relanya, bila students lain yg originally students Puncak Alam lepak, tidur tapi kitorg kena angkut barang nak pindah. Conclusionnya, kalau korg dapat yang transfer-tansfer cam aku ni; orientasi tempat lain, kolej tempat lain, jangan lah bawa barang banyak sangat. Nanti balik rumah, korang angkutlah segala yang korang nak.


Dah sampai kat kampus Puncak Perdana tu, aku cam culture shock jugalah sebab memang kecil gila kampus, macam gudang. Kolej pulak ada satu je iaitu kolej warna alam, Kolej Jasmine yang menggabungkan both lelaki dan perempuan. Ada 5 blok, blok lelaki hanyalah blok 1 dan selebihnya blok perempuan (blok 2 khas for diploma students). Okay so kitorg yang first trip yang baru sampai ni harus ke office kolej untuk menyelesaikan proses mendapatkan kunci rumah. Masa tu, aku memang tak kenal sesiapa and staff kolej tu suruh kumpul 8 org. Kiranya 8 itulah hosmet kitorg untuk 1 semester. Lepas settle borang kolej and dapat kunci semua, kitorg pun memulakan sesi pengangkutan barang.


Aku tak tau lah apa nasib aku masa tu, dapat rumah tingkat 5 a.k.a. the highest floor and no lift! at all! just stairs! Aku pulak percayalah bila orang kata siapa cepat daftar dapat rumah bawah, tu yang pantas dan tangkas je packing nak ke Puncak Perdana. Tahyul betul. Tapi takpelah ada hikmah di setiap apa yang terjadi. Aku pun sekarang bukan duduk kolej dah, aku duduk rumah sewa sebelah kolej tu. Dekat je so tak rasa membebankan. 


Yang paling best, paling tiptop, paling menarik tertawannya aku dekat UiTM Kampus Puncak Perdana ni ialah keberadaan fakulti IM yang betul-betul lah kat belakang kolej. Kalau kelas pukul 8pg, nak keluar rumah pukul 7.55pg pun korg boleh jalan and sampai on time kat kelas. Unlike other big campuses where the students need to take the bus to get to class and they usually waited for bus as early as 7.00am if their class is at 8am since they knew that there are other tons of people who went through the same process just to go to class. Malas nak berebut katanya.

Dah lah kot for now, anything nanti bisa di-update laterrrr

No comments:

Post a Comment